RISAU SUSU BADAN SIKIT SEMASA PUASA?

Risau susu badan sikit semasa berpuasa - Jom kita belajar cara untuk pastikan bekalan susu badan kita mencukupi untuk si manja tersayang sepanjang bulan puasa..

1) Mulakan penyimpanan stok dari sekarang

 - Untuk membanyakkan susu..formula asas yang anda perlu tahu ialah semakin banyak anda mengepam @ keluarkan susu..semakin banyak susu anda akan dihasilkan..
- Pam la sekerap mungkin.. lebih bagus jika anda dapat bangun pada malam hari untuk pam susu..kerana penghasilan susu akan lebih pada waktu malam,.
- Jangan risau seandainya pada hari pertama anda mulakan sesi pengepaman.. anda dapati susu anda seperti berkurang..teruskan sesi pengepaman yang kerap selama 3 hari berturut-turut..anda dapat lihat perbezaannya pada hari ke-4.. Proses ini sama seperti sewaktu hari pertama anda melahirkan bayi anda..anda tentu masih ingat yang hari pertama kelahiran,susu kita sangat sikit..tapi kita dapat rasai perbezaan pada breast kita pada hari ke-3 @ ke-4 kelahiran.. betul tak??
- Jangan takut untuk pam ye kawan-kawan..

2) Sahur

- Jangan terlepas sahur.. sahur amat penting untuk kita ye ibu-ibu sekalian..
- Lambatkan sahur anda..
- Ketika sahur.. kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas..seperti kuih-muih, bubur manis. lebihkan makanan yang berunsurkan karbohidrat komplex seperti oat, roti holemeal, beras perang, sumber protein seperti legum dan kekacang..kerana makanan yang berunsurkan karbohidrat komplex ini lebih lambat untuk di "digest".. Jadi lebih lambat untuk kita berasa lapar..
- Elakkan pengambilan makanan yang manis pada waktu sahur kerana ia akan menyebabkab kita lebih cepat berasa haus..

3) Air

- Seperti yang anda ketahui..air adalah sumber terpenting untuk penghasilan susu..minum air sebanyak mungkin diantara waktu berbuka dan waktu bersahur..
- Caranya.. sediakan sebotol air masak sebelum anda masuk tidur..dan letakkan botol air tersebut di tempat yang senang untuk anda capai..
- Supaya..setiap kali anda tersedar pada waktu malam..anda mudah untuk ambil botol tersebut dan minum..minum air sebanyak yang boleh ye kawan-kawan..

4) Moreh

- Jangan lepaskan moreh..
- Kawan-kawan tahukan apa maksud moreh?.. makan malam selepas solat terawih..
- Pada kebiasaannya makanan yang disediakan di masjid selepas solat terawih merupakan jenis karbohidrat komplex yang baik untuk kita.. bubur pulut hitam,bubur kacang merah,bubur lambuk
yang penuh dengan kekacang dan legum..

5) Pam

- Pam lah payudara anda sekerap mungkin di waktu siang sepanjang anda berpuasa..
- Walau pun anda risau tentang penghasilan susu anda..jangan sesekali terlepas sesi pum di waktu siang.
- Kerana..penghasilan susu bergantung pada berapa banyak kali anda kosongkan payudara..bukan berapa banyak yang anda perlu makan..
- Bersyukurlah dengan setiap penghasilan susu yang anda perolehi.. kerana..anda perlu ingat bila
anda stress..hormon okcitosin di dalam badan kita akan berkurang.. dan..susu kita juga akan berkurang..jadi elakkan stress..supaya susu anda tidak semakin sikit..

6) Letih

- Rasa letih dan kurang bertenaga untuk ikut semua tips di atas? letih nak bangun malam untuk pump susu dengan kerap?
- Jom cuba ESP dan Performance..
- ESP sumber protein yang lengkap..mengurangkan rasa lapar anda dan memberikan tenaga yang lebih.. lebih-lebih lagi di bulan puasa..
- Performance mengurangkan kehilangan cecair di dalam badan anda
- cara guna hanya campurkan ke dua-duanya dengan air sejuk dan minum..Rasa yang sedap..
- Sangat mudah..dan kesan yang optimum..

Jom layan testimoni..




Ni pun testimoni lagi..




Berminat dengan ESP dan Performance Drink?

Norhayati
Call @ SMS :- 010-828 6552


RISAU ANAK SAKIT PERUT DAN SEMBELIT..

Sakit perut dan sembelit - Pagi ni masuk je hospital terus terserempak dengan seorang ibu..

" Pn.. anak saya sembelit la.. bila saya stop breastfeeding je dia dah mula sembelit..nak start breastfeeding semula dia dah besar sangat.." anak dia sekarang berumur 3 tahun..

" Saya dah cuba macam-macam dah..tapi tu la..dia ni memilih makan sikit..cuma nasi kosong je yang dia suka..nak bagi buah..sampai bergaduh di buatnya..apa saya nk buat ye Pn"

Perkara macam ni yati pun pernah alami dulu..memang dah buat macam-macam..dah beli cop-cop makanan bagai..dah decorate makanan tu jadi macam-macam bentuk..dia cuma excited tengok benda tu cantik..pastu suruh makan taknak..pening kan?

saya cuba meal shake shaklee..mula-mula macam betul ke ok ni.. takut juga dia taknak..rugi beli..nekad je la kan..sebab ramai yang bagitau ok..

Alhamdulillah.. cuba 2 kali je..dah nampak hasilnya.. saya cuma campur sikit kat dalam susu dia..nak campur banyak takut dia rasa lain taknak minum pula..

Then..memang magik..Hari ke -3 je dia dah complain lapar bila tengok saya makan..kebetulan saya makan kari ayam dengan sayur bayam..dia boleh minta sayur sekali..syukur alhamdulillah..

Sembelit dia pun settle..